Mahallah Ali Ibn Abi Talib :: The Leading Mahallah in IIUM :: International Islamic University Malaysia

  • 06:05:40 pm on September 30, 2006 | 2

    7 Januari 2006

    President of MRC Ali, Faizal Che Meh (two from left) receives Jentayu from Majlis Tertinggi Mahasiswa (MTM) Kolej Kediaman Kedua, Universiti Putra Malaysia after Annual Vision Award night, IIUM

    Majlis Tertinggi Mahasiswa (MTM) Kolej Kediaman Kedua, Universiti Putra Malaysia

    Kepada

    Sekretariat Penerbitan dan ICT
    Jawatankuasa Perwakilan Mahallah (MRC)
    Pejabat,
    Mahallah Ali Ibn Abi Talib
    Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

    Assalamualaikum dan salam perpaduan.

    Apa khabar saudara Zamri dan Keluarga Penerbitan & ICT serta MRC Mahallah Ali di sana.Terima kasih di atas email saudara serta kunjungan MRC Mahallah Ali ke Kolej Kedua UPM tempoh hari.

    Dalam email, saudara ada memberitahu tentang keinginan untuk bekerjasama antara sekretriat kita. Pendapat saudara amat bernas dan menarik minat saya. Insya Allah, jika ada rezeki kita akan bekerjasama pada masa akan datang.

    • Tentang portal sementara seperti Yahoogroup serta pautan laman web antara kedua-dua kolej yg saudara cadangkan, saya akan berbincang dgn Saudara Abd Rahim yg merupakan Exco MIT (Multimedia,Infotmation & Technology). Website Kolej Kedua juga adalah di bawah kendalian beliau. Nanti saya akan maklumkan kepada saudara. 

    • Tentang pertukaran buletin antara Kolej Kedua dan Mahallah Ali, saya akan kirimkan kepada saudara melaui kenalan saya di sana.

    • Begitu juga dengan majalah JENTAYU, saya akan kirimkan kepada kenalan saya di sana. Saya minta maaf kerana tidak memberi JENTAYU keluaran terbaru kerana ia belum lagi diedarkan kepada pelajar dan kakitangan Kolej Kedua khuatir tidak mencukupi.

    • Tetapi jangan bimbang kerana selepas diedarkan kepada semua warga kolej dan ada lebih, saya pasti akan mengirimkan JENTAYU yang terbaru untuk tatapan pihak saudara. Untuk tanyangan multimedia tempoh hari, saya juga akan kirimkan melalui rakan saya yang mempunyai kenalan di Mahallah Ali.

    • Tahniah dan kami juga amat mengkagumi tayangan multimedia yang pihak saudara tayangkan. Boleh kami dapatkan salinanya?

    • Buat pengetahuan pihak saudara, kami (MTM) di sini sedang sibuk dengan persiapan Malam Seri Perdana (Annual Grand Dinner untuk pelajar-pelajar tahun akhir) yang bakal berlangsung pada 21 Januari 2006 di Cyberview Lodge Resort & Spa, Cyberjaya.

    • Saya menguruskan publisiti untuk majlis ini dan selepas itu barulah saya akan menumpukan kepada aktiviti sekretariat pula. Selain itu, portfolio sekretariat Penerbitan dan Informasi Kolej Kedua adalah lebih kepada penerbitan majalah dan buletin serta 4 aktiviti besar yang akan diadakan pada 2 semester akan datang dan website Kolej Kedua pula adalah kendalian Sekretariat MIT.

    • Besar tapak tangan nyiru saya tadahkan. Harapan saudara agar kita boleh bekerjasama adalah idea yang baik dan saya pasti akan diterima oleh pihak pengurusan dan sekretariat saya sendiri. Kita akan berbincang dengan lebih mendalam tentang kerjasama yang akan dijalinkan.

    • Terima kasih di atas pujian yang diberikan.Saya dengan rasa rendah diri mengakui tidaklah begitu arif tentang penerbitan dan informasi. Masih banyak yang perlu dipelajari. Ahli-ahli sekretariat saya yang banyak menyokong dan membantu seperti sidang editorial Jentayu dan Kicauan.

    • Tanpa mereka, pasti kedua-duanya tidak dapat dihasilkan. Kami juga perlu memperbaiki banyak kelemahan dan mempertingkatkan lagi kualiti JENTAYU dan KICAUAN di masa akan datang.

    • Terima kasih juga di atas kiriman buletin ALIF. Saya kagum kerana tampak padat dan eksklusif. Ia telah memberikan idea baru yang boleh kami adaptasikan untuk penerbitan Kicauan pada masa akan datang.

    • Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat yang ingin dikongsikan bersama, pihak saudara boleh menghantarkan email kpd saya atau lebih cepat dengan menghubungi saya melalui telefon.

    Saya harap kita dapat berkerjasama seperti yang dicadangkan oleh pihak saudara. Sebarang tunjuk ajar dari pihak saudara juga amat saya harap dan alukan.

    Saya mewakili pihak Kolej Kedua juga memohon maaf jika terdapat sebarang kekurangan dalam lawatan tempoh hari. Semoga dapat berjumpa lagi dan nantikan pula kunjungan kami. InsyaAllah. Akhir kata, sambutlah salam ukhwah dari saya untuk keluarga MRC Mahallah Ali di sana.

    Salam Aidil Adha.

    Nur Liyana Iskandar
    Exco Sekretariat Penerbitan & Informasi
    Pejabat Majlis Tertinggi Mahasiswa
    Kolej Kedua
    Universiti Putra Malaysia
    43400 Serdang
    Selangor.

     

Comments

  • my rachid 10:49 am on February 28, 2007 | # | Reply

    I’m very happy for you people Muslim Malaysianne .
    I miss to go to Malaysia.
    Salam
    from Marocco

  • samiraa 4:22 am on April 25, 2007 | # | Reply

    salam brahim nach ad samira an hoceima tagidayad misaj a9ach di aliman atbdrad abrid amani ahsan chokran akh misaj atmanigh ataf a9ach amlih baslama


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: