Mahallah Ali Ibn Abi Talib :: The Leading Mahallah in IIUM :: International Islamic University Malaysia

  • 08:01:10 am on October 1, 2006 | 1

    Hj Ahmad Fadzli Yusof adalah seorang Konsultan Kanan di sebuah institut pembangunan diri; iaitu RK Training & Management (dahulu dikenali sebagai Suretac). Mempunyai pengalaman sebagai peguambela dan peguamcara di Mahkamah Tinggi Malaya, dan pensyarah di beberapa buah IPT.

    Beliau mempunyai pengalaman sebagai pengacara dan penyampai media elektronik. Beliau pernah mengendalikan lebih daripada 100 rancangan TV dan radio seperti Ramadhan al Mubarak, Hiwar, Kapsul Rohani, hingga ke Majlis Tilawah al Quran peringkat antarabangsa. Beliau juga seringkali dijemput sebagai tetamu untuk beberapa rancangan di media elektronik.

    Antara seminar yang pernah disertai ialah; mewakili belia Malaysia ke Kem Remaja Islam di Saudi Arabia, mewakili Malaysia ke Konvensyen Belia Asia Tenggara (MESKEM), dan banyak lagi. Selain itu, beliau mempunyai pengalaman membentangkan kertas kerja dalam konvensyen dan seminar, antaranya Konvensyen Mahasiswa Kebangsaan 2002 yang dianjurkan oleh Biro Tata Negara.

    Tulisan beliau juga pernah tersiar dalam media cetak. artikel dan luahan ideanya pernah tersiar di majalah Visi (Keluaran IKIM), Akhbar Mahasiswa, Berita Harian, Siti dan beberapa lagi. Sehingga hari ini, beliau adalah kolumnis di Malajalah Dewan Siswa (Tips Pelajar) dan Mingguan Wanita (Tips Kerjaya). Beliau adalah penulis buku terlaris Malaysia, 55 Petua Orang Berjaya.-ALIF Newsletter

     

Comments

  • MOHD HAZUAN ZULKIFLI 9:16 am on December 20, 2006 | # | Reply

    You are the best but how to make me the best?


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: