Mahallah Ali Ibn Abi Talib :: The Leading Mahallah in IIUM :: International Islamic University Malaysia

  • 07:12:12 pm on December 10, 2006 | 0

    05/05/2006 – size 3256 bytes

    Utusan Malaysia

    IIICE pemangkin kecemerlangan pelajar UIAM

    Oleh: ZAMRI MOHAMAD

    SETELAH tujuh tahun Prof. Dr. Mohd. Kamal Hassan berkhidmat sebagai Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), beliau bersara pada 5 April 2006 lalu. Hari itu akan dikenang oleh lebih 15,000 pelajar UIAM apabila Dr. Mohd. Kamal, 64, secara rasmi menamatkan perkhidmatannya.

    Bersempena dengan Malam Anugerah Visi, Kolej Kediaman Ali Ibn Abi Talib dan Kolej Kediaman Ameenah meraikan majlis persaraan Dr. Mohd. Kamal dalam acara yang meriah. Malam Anugerah Visi adalah malam penganugerahan dan penghargaan kepada para penghuni kedua-dua kolej kediaman itu dalam pelbagai aktiviti meliputi kesenian, sukan dan kepimpinan. Menariknya, penyampaian beberapa anugerah utama dilakukan oleh Kamal.

    Trofi hasil reka cipta pelajar tahun dua Kursus Reka Bentuk dan Seni Aplikasi, Engku Ikram Engku Abbas menjadi trofi utama yang direka untuk memenuhi visi dan misi universiti. Ia dikenali sebagai IIICE meliputi Islamisasi, integrasi, antarabangsa dan kecemerlangan menyeluruh.

    Majlis Tertinggi Kolej Kediaman Kedua dari Universiti Putra Malaysia turut hadir memeriahkan malam tersebut dan menyifatkan ia sebagai malam penganugerahan yang penting untuk menggalakkan penglibatan pelajar dalam pelbagai aktiviti.

    Kemuncak anugerah diakhiri dengan persembahan khas sebagai menghargai jasa serta sumbangan Kamal selaku rektor UIAM dan Pembantu Pengurus Kolej Kediaman Ali Ibn Abi Talib, Che Rus Pin yang turut bersara pada akhir April lalu.

    Dalam ucapannya, Dr. Mohd. Kamal berkata, fungsi kolej kediaman amat penting dalam menggalakkan para mahasiswa-mahasiswi membina sahsiah diri dan pembinaan intelek yang cemerlang melalui aktiviti-aktiviti yang secara langsung memberi kesan kepada mereka selepas menamatkan pengajian.

    Tambahan pula dalam usaha melahirkan pemimpin berteraskan moral dan pengamalan Islam yang komprehensif, aktiviti-aktiviti peringkat kolej kediaman seharusnya menyatukan falsafah IIICE yang menjadi teras kejayaan mereka.

    Menyorot sejarah, penubuhan UIAM tidak dapat lari daripada tokoh ini. Dr. Mohd. Kamal yang dilahirkan pada tahun 1942 di Pasir Mas, Kelantan mendapat pendidikan awalnya di Kolej Sultan Ismail, Kota Bharu. Kemudian beliau meneruskan pengajiannya di Sekolah Menengah Victoria dari tahun 1961 hingga 1962 sebelum melanjutkan pelajaran dalam Pengajian Islam di Universiti Malaya pada tahun 1963.

    Selepas itu, beliau meneruskan pengajian di peringkat sarjana pada 1970 dan doktor falsafah (Ph.D) pada 1976 di Universiti Columbia New York sebelum pulang berkhidmat di Malaysia.

    Pada tahun 1982, beliau dijemput membantu kerajaan menubuhkan universiti Islam pertama di Malaysia sehinggalah ia diwujudkan secara rasmi pada 20 Mei 1983. Hari ini, UIAM adalah antara universiti terkemuka di rantau ini dengan turut mempunyai penuntut dari 90 negara.

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: