Mahallah Ali Ibn Abi Talib :: The Leading Mahallah in IIUM :: International Islamic University Malaysia

  • 08:41:53 am on March 7, 2007 | 1

     Ketakjuban dunia dengan perantaraan media massa telah menghubungkan masyarakat dari pelbagai latar agama dan bangsa melintasi sempadan. Sebagai medium paling berkesan dalam menyampaikan mesej dan mencipta pengaruh global, ia cuba didominasi dengan mengelirukan orang ramai melalui mesej-mesej yang bersifat bias dan tidak tepat. Ini sangat memberi impak kepada muslim yang disinonimkan dengan label pengganas, militan, ekstremis yang membawa kepada fanomena Islamphobia.

    Satu perjalanan kecil yang bakal membawa kepada senario perjalanan yang lebih baik untuk ummah, Kelab Kewartawanan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Kolej Kediaman Ali Ibn Abi Talib telah mengambil inisiatif untuk meningkatkan kesedaran orang ramai khususnya warga kampus dengan menganjurkan Anugerah Kreativiti  Kewartawanan Islam (IJ-CA).

    Dengan tema UIAM, Universitiku, Ummahku, Keutamaanku, Kelab Kewartawanan UIAM percaya program ini merupakan titik awal yang bakal menjadi satu usaha yang konsisten pada masa akan datang.

    “Kami percaya IJ-CA bukan sahaja peluang untuk warga kampus semata-mata. Pada tahun akan datang kami cuba membuka peluang ini untuk semua menyampaikan mesej Islam dengan cara yang bersifat kontemporari dan berkesan,” kata Khalid Al Walid Mustafa Kamil selaku naib presiden kelab Kewartawan UIAM.

    IJ-CA mempertandingkan empat kategori iaitu kategori fotografi, video tujuh minit, komik satu muka dan animasi flash. Bermula pada Febuari 2007 lalu sehingga Mac 2007, para peserta bakal mempertandingkan idea dan kreativiti mereka dalam kesemua kategori dan keputusan bakal diumumkan pada malam anugerah.

    Melalui kerjasama media kampus, Campus TV pra-projek Mahallah Ali Ibn Abi Talib, kesemua penyertaan akan disiarkan untuk tontonan umum dan akan dikekalkan.

    Ia sejajar dengan usaha mendokumentasikan hasil kerja pelajar dan menjadi medium untuk menyampaikan mesej Islam melalui hasil kerja mereka. Pada tahun-tahun akan datang ia akan menjadi arkib rujukan yang besar dalam menghimpunkan karya-karya pelajar.

    “Semua orang penting dan mesej yang disampaikan juga penting. Campus TV yang beroperasi melalui laman web rasmi kolej kediaman kami adalah pusat kepada kreativiti yang memberi ruang kepada semua untuk berkarya,” jelas Wan Muhammad Haeqal Wan Husin selaku presiden kolej kediaman ini.

    IJ-CA yang baru pertama kali diperkenalkan di peringkat universiti telah menarik perhatian para penaja melibatkan syarikat-syarikat dan badan korporat utama  seperti Telaga Biru, Sarjana Media, Haluan Malaysia dan Tinta Media

    Sebagai usaha menggalakkan dakwah kontemporari melalui media massam pada masa akan datang IJ-CA bakal memberi peluang kepada orang ramai untuk menghantarkan karya mereka berdasarkan kategori-kategori tersebut.

    Ia akan dipertontonkan kepada orang ramai secara maya melalui pra-projek Campus TV. Pameran maya 24 jam setiap hari boleh diakses melalui kemudahan internet dari mana-mana lokasi.

    (Muncul di Utusan Malaysia, ruangan KAMPUS pada 28.3.2007)

     

Comments

  • anuar bin daud 4:35 pm on May 29, 2007 | # | Reply

    Assalamualaikum
    Satu usaha yang baik ke arah memberikan kesedaran Islamik kepada seluruh anggota masyarakat. Semoga diberkati Allah.


Leave a comment