Mahallah Ali Ibn Abi Talib :: The Leading Mahallah in IIUM :: International Islamic University Malaysia

  • 06:59:46 am on April 20, 2007 | 2

     

    Perdebatan adalah salah satu soft skills yang memerlukan latihan rapi untuk berjaya.

    GOMBAK- Sekalung tahniah kepada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang telah mengambil inisiatif untuk memulakan pertandingan ini, ujar Datuk Dr. Mashitah Ibrahim selaku Setiausaha di Jabatan Perdana Menteri ketika merasmikan upacara penutup Pertandingan Debat Antara Sekolah- sekolah Malaysia 2007 pada 17 April 2007 di Dewan Utama Pusat Aktiviti Kebudayaan UIAM.

    Beliau menambah debat adalah salah satu langkah efektif yang membuka satu dimensi baru bagi masyarakat untuk menjadi lebih cemerlang di masa akan datang. Dalam debat kita akan diasak, malah akan dikecam hebat kerana mempertahankan pendirian. Disinilah, kekuatan seseorang pendebat akan dibentuk dan diuji. Saya yakin dan percaya debat merupakan seni yang amat penting dalam pembentukan sahsiah seseorang untuk menjadi lebih baik.

    Pertandingan ini yang pertama kali diadakan pada tahun 2002 menyaksikan penambahan kumpulan debat dari semasa ke semasa telah pun berusia enam tahun. Malah, secara tidak langsung jumlah peserta juga meningkat.

    Pada tahun ini, pertandingan yang berlangsung selama 6 hari dari 12 April sehingga 17 April 2007 mencipta sejarah kerana mencatat jumlah pendebat paling ramai iaitu lebih 650 peserta mendaftarkan diri untuk menjadi pendebat bagi mewakili sekolah masing- masing.

    Malah, seramai 400 ahli jawatankuasa yang terdiri daripada pelajar- pelajar UIAM sanggup mengorbankan masa cuti mereka dan mencurah bakti bagi menjayakan program yang cukup gilang- gemilang ini.

    Untuk pertandingan tahun ini, Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) muncul juara bagi kategori Bahasa Melayu manakala Sekolah Alam Shah (SAS)menjadi johan bagi kategori Bahasa Inggeris mengalahkan Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR).

    Muhammad Affendy bin Hasni telah dipilih oleh juri- juri profesional sebagai pendebat Bahasa Melayu terbaik untuk peringkat akhir dan pendebat terbaik bagi keseluruhan kategori Bahasa Melayu manakala Darimi bin Saadon merupakan pendebat terbaik peringkat akhir bagi kategori Bahasa Inggeris. Muhammad Zuhri Kamil bin Mohd Sapii adalah pendebat terbaik bagi kategori keseluruhan Bahasa Inggeris.

    Upacara penyampaian hadiah kepada para pemenang disampaikan oleh Datuk Dr. Mashitah Ibrahim dan dibantu oleh Prof. Dato Dr. Mohd Azmi Omar, Naib Rektor Akademik dan Hubungan Antarabangsa UIAM

    TIME Engineering menjadi penaja platinum bagi pertandingan debat kali ke-6 dan Berita Harian menjadi rakan media utama. Penaja- penaja lain yang turut menyumbangkan untuk kejayaan pertandingan ini adalah IIUM Holdings, Petronas dan Persatuan Alumni UIAM.

    Pertandingan anjuran UIAM ini berjaya mendapat perhatian Menteri Pendidikan Malaysia, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein apabila beliau ikhlas memberikan sumbangan peribadi bagi setiap kategori yang dipertandingkan di dalam pertandingan berprestij ini.

     

Comments

  • nur razanah bt ahmad 3:05 am on April 30, 2007 | # | Reply

    I’m so happy to hear or see anything about debate…In fact I never debate or even know what is debate all about. But after I entered debating championship last two weeks.. It was very nice..I also want to thank all the judges,committees and usherers…. I’m so glad to receive any reply from my comment…All the best! (student from Al-Ihsan Kuantan)

  • muhamad aleiff bin tajuddin 3:53 am on February 9, 2009 | # | Reply

    adakah borang pertandingan debat antara sekolah-sekolah malaysia 2009 dah keluar?


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: